Tuesday, January 4, 2011

Graduation

Okay I'm not being perasan or anything posting this okay. Its cause the monitor asked me to. Cant say no to that, can I? So might as well. Enjoy (;


Assalamualaikum dan Salam sejahtera saya ucapkan kepada ...


Alhamdulillah,


Hari ini, sesuatu yang indah akan terjadi dalam kehidupan kami.

Setelah selama lima tahun mengharungi detik-detik yang penuh warna

Tibalah masanya, hari yang kita tunggu-tunggu, Majlis Graduasi.


Terasa bangga dan bahagia, yang kami semua dapat hadir di sini

bersama ibubapa dan guru-guru yang amat dikasihi

untuk meraikan Majlis Graduasi tingkatan lima SMK Bukit Bandaraya 2010


Zaman persekolahan menengah akan selalu dikenang sepanjang hayat

Pengalaman pahit manis yang tidak akan dilupakan.

Pelbagai telah dipelajari, ilmu dan nasihat yang telah diperolehi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang amat dikasihi.

Tanpa dedikasi dan sokongan mereka, kami semua tidak akan berada di sini pada hari yang begitu bermakna ini.


Kepada ibubapa tercinta yang amat disanjungi

Hati ini rasa terharu mengenangkan bimbingan tulus ikhlas dan doa yang berterusan.

Kami berjanji untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai cita.

Harapan kami, semoga kami dapat menabur jasa dan mengenang budi dikemudian hari.


Kepada rakan-rakan saya yang disayangi,

Bukankah zaman persekolahan menengah terlalu indah untuk di akhiri?

Suasana bilik darjah, senda-gurau dan sorakkan sewaktu di hari sukan..

Namun begitu demi masa depan yang cemerlang, kami semua harus melangkah lagi ke hadapan.

Majlis ini merupakan titik kesinambungan perjuangan selanjutnya dalam perjalanan mununtut ilmu.

Perjalanan kami sesungguhnya masih panjang.

Banyak rintangan yang harus dilalui


Friends, Graduation is a time of completion, of finishing, of an ending, however, it is also a time of celebration of achievement and a beginning for the new graduate


Graduation is not the end;
it's the beginning


Often on graduation day we look outside for heroes but I see them right here among us. I have seen in my years at SMKBB that we don’t have to look far for inspiration and that we each have the potential to make an inspiring contribution to others by being true to our values and committing ourselves to our goals.

When you leave here today, celebrate what you have accomplished but look forward with an eye towards how you too can be the inspiration for others.


No matter how we go about it or what we choose to pursue in, the road to success is both dedication and inspiration..



Saya berharap kami semua akan terus berusaha dan tabah.

Cerita kami tidak tamat di sini, malah hari ini adalah permulaan bab yang baharu.

Semoga kami semua akan berjaya dalam apa jua yang diceburi

dan persahabatan di antara kita yang telah terjalin akan berkekalan sehingga nanti..


Salam tulus ikhlas. Terima kasih.


Leyla Mahirah Nor

No comments:

Post a Comment